Thursday, November 26, 2015

KAMI

 Assalamualaikum..
Kami = Me + Him
Ni saya yang pepandai reka sendiri. Suwitt kan.. ♥ Ececeh love-love bagai.. Make sure korang bace hingga ke titisan darah yang terakhir habis entry geli ni ok..

2 hari lepas...

Pagi
Him: Hi sayang
Me: Hi (jawab slow motion. Bajet hot ler tu)

Petang
Him: (Muka serius, masam. Nampak moody semacam. Datang bulan ke bangg)
Me: Wut happennn kanda? Kenapa bermuram durja? Boleh dinda tau?? 
(Konon-konon ambik berat la. Padahalll.......Kanda tu saya yang tambah sendiri. Hik.. Hikkk)
Note: ayat pertama jer keluar. yang lain tu propa lebih.
Him: (Masih diam)
Me: Xnak cakap dengan saya ke? Apasal moody ni? 
(Aksi gedik dah start dah. Astagfirullahalazim. Anak sape la ni)
Him: Anak sakit
Me: (Gulp! Bodoh. Dah kawen rupenya ekau. Tipah tertipu mak!) Bawak la pegi hospital. 
Note: bace dengan nada sarkastik

Kelmarin....

Pagi
Him: Hi sayang..
Me: Ermmmmm......

Petang
Him: Hi sayang..
Me: Hurmmmmmmmmmmm.. (Nada panjang sikit sambil menahan amarah di dada)

Then tiba masa nak berambus a.k.a balik.
Guard: Awal balik hari ni?
Me: Saya  tak buat OT today. Nak balik tido. Dah la jangan jaga tepi kain orang boleh tak??
(Sebenarnya conversation ended kat ayat pertama jer. Saje kasi poyo macamkan semua orang ambik berat tentang ko!)

Tetiba mamat Sepahtu muncul.
Him: Hi sayang. Nak balik dah ke? 
(Sambil buat flying kiss. Kenyit-kenyit mata bagai.
Huk alohhh. Ingat comel ke buat cenggitu darling)
Me: Grrrrrr.. Ko dah lame hidup ke? Jangan kacau aku boleh tak?
(Rasa nak capai pisau yang paling tajam pastu tikam bertubi-tubi. Puas hati aku sambil libas-libas shawl sebijik cam iklan Sugarscarf)

Today....
Him: Hari ni last day saya kat sini.
Me: Alhamdulillah saiyang.. (Sujud syukur sebab lepas ni dah xyah ngadap muka ko!)

Actually (bace: ekceli) saya ni malas nak libatkan diri dengan suami orang or yang seangkatan dengannya. 1st sebab saya kan kaum hawa. Kaum yang lemah gittew. Ececeh. Of coz sang isterimu sekalian also kaum hawa. Xnak la saya jadi manusia yang sakitkan kaum sejenis saya. Mintak simpang malaikat 44 sambil nyanyi lagu Cita Citata. Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku.. Sakitnya tuh di sini melihat kau selingkuh. Bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi..

So, tepuklah ko sorang-sorang sampai boring mangkok..

Kami - Him = Me (alone)

Kumbang bukan sekor. Tapi tang lalat yang ramai kan. Eh.. Eh.. Ekau pon bukan kumbang. Langau!

Siapa dia? Hanya Allah yang maha mengetahui..

End

Monday, October 19, 2015

Si Puteh

Assalamualaikum..

Si Puteh kalo ikot sejarah bukan kucing saya sebenarnya. Ibu dia kucing gelandangan. Selalu jer ada kat luar rumah saya. Saya ni jenis mudah kesian. Tengok dia meow, meow sebab lapar, so ringan tangan bagi dia makan. Kadang bagi nasik + ikan, xpon makanan kucing Smart Heart. Adik saya pula jenis suka bebenar riba si anak ibu kucing gelandangan ni.. Saya xingat berapa ekor si anak kucing ni. So lama-lama kucing-kucing ni macam dah terbiasa duk dalam rumah. Tapi biasa saya yang jadi tukang halau. Almaklum ler saya time tu dah ada 3 ekor kucing - si Abu, Bocik & Bobo. Xlarat mak nak bela ramai-ramai, tu semua kos tuh! Dan saya berhajat nak pergi buang depa-depa ni kat pasar. Jahat kan saya.. Astagfirullahalazim..

Diringkaskan, masa banjir last year 2 ekor ni stay dengan kucing-kucing saya. Saya tinggal camtu jer kucing-kucing saya kat beranda luar rumah. Perasaan hanya Allah yang tahu. Nak angkut semua memang di luar keupayaan saya. Bayangkan masa redah air banjir nak ke tempat tinggi sikit, hanya air mata dengan kalimah Allahuakbar jer yang termampu saya ucapkan.. Masa tu hanya Allah yang jaga kucing-kucing saya.

Air surut jer, kami adik-beradik terus balik ke rumah. Masa tu sempat tumpang check in rumah sedara 4,5 hari gak. Tapi bila ingat balik macam best pulak. Hahahaa.. Sampai kat rumah tengok semua still survive lagi termasuk yang 2 ekor ni. Start situ la saya ambik keputusan bela depa ni. Sekor warna oren, lagi sekor putih. Saya bab-bab kasi nama ni bebal sikit. Paling mudah panggil depa Si Oren dan Si Puteh. 

Bela 5 ekor kucing ni agak mencabar gak. Kadang ada yang berak merata, saya la yang kena cuci. Tu belum masuk bab kos lagi. Memang agak tight. Tapi saya pikir rezeki ni semua dari Allah. Xsalah kan kita kongsi. Alhamdulillah cukup jer..


Dalam banyak-banyak kucing saya ni, Puteh yang paling nakal dan manja. Di mana saya ada, situ la dia mengendeng. Kalo boleh dia nak saya sentuh dia. Tido pon nak sebelah saya.. Then sampai la sehari sebelom raya haji. Saya perasaan dia nak menyendiri. Langsung xmau disentuh. Sikap dia memang totally changed dari kebiasaan. Pastu xnak makan. Keluar cecair putih ikut mulut dia dan sedikit berbau. Keadaan dia sama seperti Si Bocik. Ya Allah... Saya mintak sangat-sangat Allah pinjamkan sedikit masa lagi dengan Puteh. Rasa xsanggup nak kehilangan dia selepas Bocik pergi..

Pagi hari raya korban, saya mandikan dia walaupon keadaan dia teruk. Badan dia berbau cecair yang keluar ikut mulut dia. Saya google pasal penyakit kucing. Simptom-simptom yang ada kat dia sama macam sejenis penyakit kucing yang setakat ni xde ubat lagi. Ya Allah.. Every minute memang saya akan check keadaan dia. Makin lama saya perhati memang makin teruk. Saya siap bagi air kelapa, mana tau dia akan sembuh. Xsalah mencuba. Tapi tu la, setiap kali bagi air kelapa macam susah sangat dia nak telan.. Tu jer aktiviti saya hari raya korban! 

Setiap kali tengok keadaan dia makin teruk, setiap kali tu la air mata saya akan tumpah. Sincere cakap saya xready nak terima kehilangan untuk kali ke-2. Dah lama saya nak buat entry pasal Puteh ni. Tapi kekuatan xde..

Seperti jangka, malam tu saya tengah tengok tv. Masa tu dah dekat pukul 12 malam. Saya bunyi sumthing dari tempat saya letak Puteh ni. Rupanya bunyi tu dia tengah nazak. So malam pertama hari raya korban saya kehilangan kucing saya yang paling manja. Yang suka mengekor ke mana saya bergerak. Even masa saya kat toilet pon dia sanggup tnggu. Allah.. Masa tu memang air mata saya tumpah buat ntah ke berapa kali. Saya angkat jasad dia dan balut dengan kertas surat khabar. Nak tanam pon dah tengah malam.. Saya continue menangis dalam bilik macam orang gila.. 

Esok pepagi saya kebumi si Puteh belakang rumah. Masa tu hebat sangat sebab boleh tahan diri xmenangis.. Dan saya terpaksa mc hari tu. Sepatut saya dah start kerja..

Kalau orang tanya, berapa banyak saya sayang kucing-kucing saya.. Jawapannya nilai kasih-sayang saya xterkira banyaknya.. Mereka adalah happy pill bagi saya! 

Sekarang yang tinggal hanya Abu dan Oren. Bobo lak missing in action.. Walaupon kejap jer Allah bagi pinjam Puteh kat saya, tapi saya puas..

Sunday, October 18, 2015

Rezeki

Assalamualaikum..

Sedikit sambungan entry yang lepas..

Kejadian hari sabtu. hari sabtu memang saya kerja. Weekend hanya on jumaat. Biasa la kan kerja swasta memang cuti hujung minggu hanya sehari jer. Jangan suspect expect lebih-lebih ya, bersyukur la kurang-kurang anda masih ada pekerjaan..

Hari sabtu saya datang kerja macam biasa. Sudah punch kad & thumb print (aku xpaham asal kena punch kad then thumb print lg), masuk office lenggang kangkung. Seperti jangka biasa hari sabtu xde kerja sangat. Tapi tetiba masuk pejabat tengok A.Zu (sebenar dia dah pangkat pak cik-pak cik tapi getik bahasakan abang.. Adoii ni lagi aku xpaham) dah ada dalam pejabat bos. First ingat ada benda kot diorang bincangkan. So saya xambik pusing..

Then bila dia keluar tetiba cakap "Naa.. bos nak jumpa".. Aiseyy wa dah start cuak. Almaklum ler muka ni la selalu masuk kerja lambat, tapi bila time balik muka ni akan punctual.. Hahahaa.. Nampak xpermainan dia cemana?? Dahla bulan lepas 2X ponteng kerja. Buat-buat sakit tapi mc nan hado. Sebenarnya malas. Padan muka kena potong gaji. Mesti nak kasik warning ni...

Tapi kan yang berlaku di sebaliknya.. 

Masuk-masuk bilik bos oppsss terlupa bagi salam.. Terus main redah. Tapi bagus gak sebab bos saya cina maa.. Kang aku bagi salam, dia ingat aku xbetul. Hahaaha.. Dia tanya brapa salary saya sebulan. Then dia cakap nak up kan gaji saya. Yabedaabeduuu. Nasib baik xterpelok bos. Kang xpasal-pasal jadi isu pompuan gila terover eksaited peluk bos. Pastu mati dibunuh bini bos yang kuat cemburu.. Hahahaa. Tajuk berita muka depan. Xagak-agak panjang nau tajuk.. Tq bos! Tapi yang xbestnya terpaksa buat OT 2X seminggu..

Credict to Mr.Google for the awesome pic!

Ok back to reality sebenarnya saya nak cakap jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka akan terjadi. So, jauhi sifat cemburu, iri hati. Tanamkan dalam diri supaya sentiasa positif. Terima qada & qadar Allah. Yes saya akui dalam bulan ni terlalu banyak Allah kurniakan saya rezeki. Alhamdulillah. Rezeki bukan setakat dalam bentuk wang tapi juga kesihatan. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Tu yang selalu saya amalkan. Saya selalu mintak kat Allah supaya saya sentiasa istiqamah dengan apa yang saya buat dan apa yang saya ada sekarang. Insyaallah hidup kita akan tenang..

Bye.. Thanks for reading a piece of me.

 
••● i [Ām] wH☺ i [Ām] ●•• Blogger Template by Ipietoon Blogger Template