Sunday, October 18, 2015

Rezeki

Assalamualaikum..

Sedikit sambungan entry yang lepas..

Kejadian hari sabtu. hari sabtu memang saya kerja. Weekend hanya on jumaat. Biasa la kan kerja swasta memang cuti hujung minggu hanya sehari jer. Jangan suspect expect lebih-lebih ya, bersyukur la kurang-kurang anda masih ada pekerjaan..

Hari sabtu saya datang kerja macam biasa. Sudah punch kad & thumb print (aku xpaham asal kena punch kad then thumb print lg), masuk office lenggang kangkung. Seperti jangka biasa hari sabtu xde kerja sangat. Tapi tetiba masuk pejabat tengok A.Zu (sebenar dia dah pangkat pak cik-pak cik tapi getik bahasakan abang.. Adoii ni lagi aku xpaham) dah ada dalam pejabat bos. First ingat ada benda kot diorang bincangkan. So saya xambik pusing..

Then bila dia keluar tetiba cakap "Naa.. bos nak jumpa".. Aiseyy wa dah start cuak. Almaklum ler muka ni la selalu masuk kerja lambat, tapi bila time balik muka ni akan punctual.. Hahahaa.. Nampak xpermainan dia cemana?? Dahla bulan lepas 2X ponteng kerja. Buat-buat sakit tapi mc nan hado. Sebenarnya malas. Padan muka kena potong gaji. Mesti nak kasik warning ni...

Tapi kan yang berlaku di sebaliknya.. 

Masuk-masuk bilik bos oppsss terlupa bagi salam.. Terus main redah. Tapi bagus gak sebab bos saya cina maa.. Kang aku bagi salam, dia ingat aku xbetul. Hahaaha.. Dia tanya brapa salary saya sebulan. Then dia cakap nak up kan gaji saya. Yabedaabeduuu. Nasib baik xterpelok bos. Kang xpasal-pasal jadi isu pompuan gila terover eksaited peluk bos. Pastu mati dibunuh bini bos yang kuat cemburu.. Hahahaa. Tajuk berita muka depan. Xagak-agak panjang nau tajuk.. Tq bos! Tapi yang xbestnya terpaksa buat OT 2X seminggu..

Credict to Mr.Google for the awesome pic!

Ok back to reality sebenarnya saya nak cakap jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka akan terjadi. So, jauhi sifat cemburu, iri hati. Tanamkan dalam diri supaya sentiasa positif. Terima qada & qadar Allah. Yes saya akui dalam bulan ni terlalu banyak Allah kurniakan saya rezeki. Alhamdulillah. Rezeki bukan setakat dalam bentuk wang tapi juga kesihatan. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Tu yang selalu saya amalkan. Saya selalu mintak kat Allah supaya saya sentiasa istiqamah dengan apa yang saya buat dan apa yang saya ada sekarang. Insyaallah hidup kita akan tenang..

Bye.. Thanks for reading a piece of me.

0 comments:

Post a Comment

 
••● i [Ām] wH☺ i [Ām] ●•• Blogger Template by Ipietoon Blogger Template