Monday, October 19, 2015

Si Puteh

Assalamualaikum..

Si Puteh kalo ikot sejarah bukan kucing saya sebenarnya. Ibu dia kucing gelandangan. Selalu jer ada kat luar rumah saya. Saya ni jenis mudah kesian. Tengok dia meow, meow sebab lapar, so ringan tangan bagi dia makan. Kadang bagi nasik + ikan, xpon makanan kucing Smart Heart. Adik saya pula jenis suka bebenar riba si anak ibu kucing gelandangan ni.. Saya xingat berapa ekor si anak kucing ni. So lama-lama kucing-kucing ni macam dah terbiasa duk dalam rumah. Tapi biasa saya yang jadi tukang halau. Almaklum ler saya time tu dah ada 3 ekor kucing - si Abu, Bocik & Bobo. Xlarat mak nak bela ramai-ramai, tu semua kos tuh! Dan saya berhajat nak pergi buang depa-depa ni kat pasar. Jahat kan saya.. Astagfirullahalazim..

Diringkaskan, masa banjir last year 2 ekor ni stay dengan kucing-kucing saya. Saya tinggal camtu jer kucing-kucing saya kat beranda luar rumah. Perasaan hanya Allah yang tahu. Nak angkut semua memang di luar keupayaan saya. Bayangkan masa redah air banjir nak ke tempat tinggi sikit, hanya air mata dengan kalimah Allahuakbar jer yang termampu saya ucapkan.. Masa tu hanya Allah yang jaga kucing-kucing saya.

Air surut jer, kami adik-beradik terus balik ke rumah. Masa tu sempat tumpang check in rumah sedara 4,5 hari gak. Tapi bila ingat balik macam best pulak. Hahahaa.. Sampai kat rumah tengok semua still survive lagi termasuk yang 2 ekor ni. Start situ la saya ambik keputusan bela depa ni. Sekor warna oren, lagi sekor putih. Saya bab-bab kasi nama ni bebal sikit. Paling mudah panggil depa Si Oren dan Si Puteh. 

Bela 5 ekor kucing ni agak mencabar gak. Kadang ada yang berak merata, saya la yang kena cuci. Tu belum masuk bab kos lagi. Memang agak tight. Tapi saya pikir rezeki ni semua dari Allah. Xsalah kan kita kongsi. Alhamdulillah cukup jer..


Dalam banyak-banyak kucing saya ni, Puteh yang paling nakal dan manja. Di mana saya ada, situ la dia mengendeng. Kalo boleh dia nak saya sentuh dia. Tido pon nak sebelah saya.. Then sampai la sehari sebelom raya haji. Saya perasaan dia nak menyendiri. Langsung xmau disentuh. Sikap dia memang totally changed dari kebiasaan. Pastu xnak makan. Keluar cecair putih ikut mulut dia dan sedikit berbau. Keadaan dia sama seperti Si Bocik. Ya Allah... Saya mintak sangat-sangat Allah pinjamkan sedikit masa lagi dengan Puteh. Rasa xsanggup nak kehilangan dia selepas Bocik pergi..

Pagi hari raya korban, saya mandikan dia walaupon keadaan dia teruk. Badan dia berbau cecair yang keluar ikut mulut dia. Saya google pasal penyakit kucing. Simptom-simptom yang ada kat dia sama macam sejenis penyakit kucing yang setakat ni xde ubat lagi. Ya Allah.. Every minute memang saya akan check keadaan dia. Makin lama saya perhati memang makin teruk. Saya siap bagi air kelapa, mana tau dia akan sembuh. Xsalah mencuba. Tapi tu la, setiap kali bagi air kelapa macam susah sangat dia nak telan.. Tu jer aktiviti saya hari raya korban! 

Setiap kali tengok keadaan dia makin teruk, setiap kali tu la air mata saya akan tumpah. Sincere cakap saya xready nak terima kehilangan untuk kali ke-2. Dah lama saya nak buat entry pasal Puteh ni. Tapi kekuatan xde..

Seperti jangka, malam tu saya tengah tengok tv. Masa tu dah dekat pukul 12 malam. Saya bunyi sumthing dari tempat saya letak Puteh ni. Rupanya bunyi tu dia tengah nazak. So malam pertama hari raya korban saya kehilangan kucing saya yang paling manja. Yang suka mengekor ke mana saya bergerak. Even masa saya kat toilet pon dia sanggup tnggu. Allah.. Masa tu memang air mata saya tumpah buat ntah ke berapa kali. Saya angkat jasad dia dan balut dengan kertas surat khabar. Nak tanam pon dah tengah malam.. Saya continue menangis dalam bilik macam orang gila.. 

Esok pepagi saya kebumi si Puteh belakang rumah. Masa tu hebat sangat sebab boleh tahan diri xmenangis.. Dan saya terpaksa mc hari tu. Sepatut saya dah start kerja..

Kalau orang tanya, berapa banyak saya sayang kucing-kucing saya.. Jawapannya nilai kasih-sayang saya xterkira banyaknya.. Mereka adalah happy pill bagi saya! 

Sekarang yang tinggal hanya Abu dan Oren. Bobo lak missing in action.. Walaupon kejap jer Allah bagi pinjam Puteh kat saya, tapi saya puas..

0 comments:

Post a Comment

 
••● i [Ām] wH☺ i [Ām] ●•• Blogger Template by Ipietoon Blogger Template