Thursday, November 26, 2015

KAMI

 Assalamualaikum..
Kami = Me + Him
Ni saya yang pepandai reka sendiri. Suwitt kan.. ♥ Ececeh love-love bagai.. Make sure korang bace hingga ke titisan darah yang terakhir habis entry geli ni ok..

2 hari lepas...

Pagi
Him: Hi sayang
Me: Hi (jawab slow motion. Bajet hot ler tu)

Petang
Him: (Muka serius, masam. Nampak moody semacam. Datang bulan ke bangg)
Me: Wut happennn kanda? Kenapa bermuram durja? Boleh dinda tau?? 
(Konon-konon ambik berat la. Padahalll.......Kanda tu saya yang tambah sendiri. Hik.. Hikkk)
Note: ayat pertama jer keluar. yang lain tu propa lebih.
Him: (Masih diam)
Me: Xnak cakap dengan saya ke? Apasal moody ni? 
(Aksi gedik dah start dah. Astagfirullahalazim. Anak sape la ni)
Him: Anak sakit
Me: (Gulp! Bodoh. Dah kawen rupenya ekau. Tipah tertipu mak!) Bawak la pegi hospital. 
Note: bace dengan nada sarkastik

Kelmarin....

Pagi
Him: Hi sayang..
Me: Ermmmmm......

Petang
Him: Hi sayang..
Me: Hurmmmmmmmmmmm.. (Nada panjang sikit sambil menahan amarah di dada)

Then tiba masa nak berambus a.k.a balik.
Guard: Awal balik hari ni?
Me: Saya  tak buat OT today. Nak balik tido. Dah la jangan jaga tepi kain orang boleh tak??
(Sebenarnya conversation ended kat ayat pertama jer. Saje kasi poyo macamkan semua orang ambik berat tentang ko!)

Tetiba mamat Sepahtu muncul.
Him: Hi sayang. Nak balik dah ke? 
(Sambil buat flying kiss. Kenyit-kenyit mata bagai.
Huk alohhh. Ingat comel ke buat cenggitu darling)
Me: Grrrrrr.. Ko dah lame hidup ke? Jangan kacau aku boleh tak?
(Rasa nak capai pisau yang paling tajam pastu tikam bertubi-tubi. Puas hati aku sambil libas-libas shawl sebijik cam iklan Sugarscarf)

Today....
Him: Hari ni last day saya kat sini.
Me: Alhamdulillah saiyang.. (Sujud syukur sebab lepas ni dah xyah ngadap muka ko!)

Actually (bace: ekceli) saya ni malas nak libatkan diri dengan suami orang or yang seangkatan dengannya. 1st sebab saya kan kaum hawa. Kaum yang lemah gittew. Ececeh. Of coz sang isterimu sekalian also kaum hawa. Xnak la saya jadi manusia yang sakitkan kaum sejenis saya. Mintak simpang malaikat 44 sambil nyanyi lagu Cita Citata. Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku.. Sakitnya tuh di sini melihat kau selingkuh. Bertepuk sebelah tangan xkan berbunyi..

So, tepuklah ko sorang-sorang sampai boring mangkok..

Kami - Him = Me (alone)

Kumbang bukan sekor. Tapi tang lalat yang ramai kan. Eh.. Eh.. Ekau pon bukan kumbang. Langau!

Siapa dia? Hanya Allah yang maha mengetahui..

End

Monday, October 19, 2015

Si Puteh

Assalamualaikum..

Si Puteh kalo ikot sejarah bukan kucing saya sebenarnya. Ibu dia kucing gelandangan. Selalu jer ada kat luar rumah saya. Saya ni jenis mudah kesian. Tengok dia meow, meow sebab lapar, so ringan tangan bagi dia makan. Kadang bagi nasik + ikan, xpon makanan kucing Smart Heart. Adik saya pula jenis suka bebenar riba si anak ibu kucing gelandangan ni.. Saya xingat berapa ekor si anak kucing ni. So lama-lama kucing-kucing ni macam dah terbiasa duk dalam rumah. Tapi biasa saya yang jadi tukang halau. Almaklum ler saya time tu dah ada 3 ekor kucing - si Abu, Bocik & Bobo. Xlarat mak nak bela ramai-ramai, tu semua kos tuh! Dan saya berhajat nak pergi buang depa-depa ni kat pasar. Jahat kan saya.. Astagfirullahalazim..

Diringkaskan, masa banjir last year 2 ekor ni stay dengan kucing-kucing saya. Saya tinggal camtu jer kucing-kucing saya kat beranda luar rumah. Perasaan hanya Allah yang tahu. Nak angkut semua memang di luar keupayaan saya. Bayangkan masa redah air banjir nak ke tempat tinggi sikit, hanya air mata dengan kalimah Allahuakbar jer yang termampu saya ucapkan.. Masa tu hanya Allah yang jaga kucing-kucing saya.

Air surut jer, kami adik-beradik terus balik ke rumah. Masa tu sempat tumpang check in rumah sedara 4,5 hari gak. Tapi bila ingat balik macam best pulak. Hahahaa.. Sampai kat rumah tengok semua still survive lagi termasuk yang 2 ekor ni. Start situ la saya ambik keputusan bela depa ni. Sekor warna oren, lagi sekor putih. Saya bab-bab kasi nama ni bebal sikit. Paling mudah panggil depa Si Oren dan Si Puteh. 

Bela 5 ekor kucing ni agak mencabar gak. Kadang ada yang berak merata, saya la yang kena cuci. Tu belum masuk bab kos lagi. Memang agak tight. Tapi saya pikir rezeki ni semua dari Allah. Xsalah kan kita kongsi. Alhamdulillah cukup jer..


Dalam banyak-banyak kucing saya ni, Puteh yang paling nakal dan manja. Di mana saya ada, situ la dia mengendeng. Kalo boleh dia nak saya sentuh dia. Tido pon nak sebelah saya.. Then sampai la sehari sebelom raya haji. Saya perasaan dia nak menyendiri. Langsung xmau disentuh. Sikap dia memang totally changed dari kebiasaan. Pastu xnak makan. Keluar cecair putih ikut mulut dia dan sedikit berbau. Keadaan dia sama seperti Si Bocik. Ya Allah... Saya mintak sangat-sangat Allah pinjamkan sedikit masa lagi dengan Puteh. Rasa xsanggup nak kehilangan dia selepas Bocik pergi..

Pagi hari raya korban, saya mandikan dia walaupon keadaan dia teruk. Badan dia berbau cecair yang keluar ikut mulut dia. Saya google pasal penyakit kucing. Simptom-simptom yang ada kat dia sama macam sejenis penyakit kucing yang setakat ni xde ubat lagi. Ya Allah.. Every minute memang saya akan check keadaan dia. Makin lama saya perhati memang makin teruk. Saya siap bagi air kelapa, mana tau dia akan sembuh. Xsalah mencuba. Tapi tu la, setiap kali bagi air kelapa macam susah sangat dia nak telan.. Tu jer aktiviti saya hari raya korban! 

Setiap kali tengok keadaan dia makin teruk, setiap kali tu la air mata saya akan tumpah. Sincere cakap saya xready nak terima kehilangan untuk kali ke-2. Dah lama saya nak buat entry pasal Puteh ni. Tapi kekuatan xde..

Seperti jangka, malam tu saya tengah tengok tv. Masa tu dah dekat pukul 12 malam. Saya bunyi sumthing dari tempat saya letak Puteh ni. Rupanya bunyi tu dia tengah nazak. So malam pertama hari raya korban saya kehilangan kucing saya yang paling manja. Yang suka mengekor ke mana saya bergerak. Even masa saya kat toilet pon dia sanggup tnggu. Allah.. Masa tu memang air mata saya tumpah buat ntah ke berapa kali. Saya angkat jasad dia dan balut dengan kertas surat khabar. Nak tanam pon dah tengah malam.. Saya continue menangis dalam bilik macam orang gila.. 

Esok pepagi saya kebumi si Puteh belakang rumah. Masa tu hebat sangat sebab boleh tahan diri xmenangis.. Dan saya terpaksa mc hari tu. Sepatut saya dah start kerja..

Kalau orang tanya, berapa banyak saya sayang kucing-kucing saya.. Jawapannya nilai kasih-sayang saya xterkira banyaknya.. Mereka adalah happy pill bagi saya! 

Sekarang yang tinggal hanya Abu dan Oren. Bobo lak missing in action.. Walaupon kejap jer Allah bagi pinjam Puteh kat saya, tapi saya puas..

Sunday, October 18, 2015

Rezeki

Assalamualaikum..

Sedikit sambungan entry yang lepas..

Kejadian hari sabtu. hari sabtu memang saya kerja. Weekend hanya on jumaat. Biasa la kan kerja swasta memang cuti hujung minggu hanya sehari jer. Jangan suspect expect lebih-lebih ya, bersyukur la kurang-kurang anda masih ada pekerjaan..

Hari sabtu saya datang kerja macam biasa. Sudah punch kad & thumb print (aku xpaham asal kena punch kad then thumb print lg), masuk office lenggang kangkung. Seperti jangka biasa hari sabtu xde kerja sangat. Tapi tetiba masuk pejabat tengok A.Zu (sebenar dia dah pangkat pak cik-pak cik tapi getik bahasakan abang.. Adoii ni lagi aku xpaham) dah ada dalam pejabat bos. First ingat ada benda kot diorang bincangkan. So saya xambik pusing..

Then bila dia keluar tetiba cakap "Naa.. bos nak jumpa".. Aiseyy wa dah start cuak. Almaklum ler muka ni la selalu masuk kerja lambat, tapi bila time balik muka ni akan punctual.. Hahahaa.. Nampak xpermainan dia cemana?? Dahla bulan lepas 2X ponteng kerja. Buat-buat sakit tapi mc nan hado. Sebenarnya malas. Padan muka kena potong gaji. Mesti nak kasik warning ni...

Tapi kan yang berlaku di sebaliknya.. 

Masuk-masuk bilik bos oppsss terlupa bagi salam.. Terus main redah. Tapi bagus gak sebab bos saya cina maa.. Kang aku bagi salam, dia ingat aku xbetul. Hahaaha.. Dia tanya brapa salary saya sebulan. Then dia cakap nak up kan gaji saya. Yabedaabeduuu. Nasib baik xterpelok bos. Kang xpasal-pasal jadi isu pompuan gila terover eksaited peluk bos. Pastu mati dibunuh bini bos yang kuat cemburu.. Hahahaa. Tajuk berita muka depan. Xagak-agak panjang nau tajuk.. Tq bos! Tapi yang xbestnya terpaksa buat OT 2X seminggu..

Credict to Mr.Google for the awesome pic!

Ok back to reality sebenarnya saya nak cakap jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka akan terjadi. So, jauhi sifat cemburu, iri hati. Tanamkan dalam diri supaya sentiasa positif. Terima qada & qadar Allah. Yes saya akui dalam bulan ni terlalu banyak Allah kurniakan saya rezeki. Alhamdulillah. Rezeki bukan setakat dalam bentuk wang tapi juga kesihatan. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Tu yang selalu saya amalkan. Saya selalu mintak kat Allah supaya saya sentiasa istiqamah dengan apa yang saya buat dan apa yang saya ada sekarang. Insyaallah hidup kita akan tenang..

Bye.. Thanks for reading a piece of me.

Tuesday, October 13, 2015

The Power of "Sabar".. Be Positive

Assalamualaikum

Alhamdulillah adik saya dah keluar hospital. Dekat 2++ minggu gak kena warded. First doktor suspect denggi. Then lepas few checks, doctor sahkan dia kena demam kepialu. Sepanjang dia kena tahan dekat hospital, hanya Allah yg tahu perasaan saya. Ya la kan dengan dia anak kecik, semua husband dia yang uruskan. Saya kesian gak tengok adik ipar terkejar situ, terkejar sini. Makan pon xsempat gamaknya. Lagi kesian anak buah saya yg 2 orang tu. Saya nak tolong lebih-lebih pon saya kerja. Tapi lepas waktu kerja memang saya take turn jaga anak buah yg still baby tu. Tu jer yang saya mampu.. Memang kadang badan letih tapi yang tu saya tolak ke tepi..

Bukan ini main point sebenarnya.. Ni citer start last year lagi. Sebenarnya saya layak buat satu tuntutan insurans ini. Tapi disebabkan masa tue kan banjir, so saya postpone dulu. Form memang dah siap download, cuma saya xsempat nak print out. Bila musibah banjir kat Kelantan, of coz sy memang betul-betul busy. Seminggu jugak la ambik masa bersihkan rumah. Tu pon not 100%. Pastu masuk kerja kena bersihkan office lagi. Saya pergi sehari dan the next daya terus mc. Sakit dada dengan susah nak bernafas. Memang keadaan tempat kerja saya masa lepas banjir tu terok. Dengan baunya masyaallah busuk sangat. Dipendekkan citer terus lupa pasal nak claim insurans itu. Manusia kan mudah lupa.. Hahahaa..

Sampai satu masa syarikat insurans hantar surat supaya saya buat tuntutan tersebut segera. Masalah saya satu. Suka sangat tangguh-tangguh. Esok la.. Esok la.. Esok la.. Begitulah seterusnya. Then terus abaikan..

Pastu kan bila masuk bulan puasa terus menggelupur. Perbelanjaan nak sambut raya kan boleh tahan kan, boleh kasik sesak nafas xcukup oksigen. Dulu masa arwah ma ada, saya akan share dengan beliau beli baju untuk adik-adik. Kalau ada rezeki lebih, saya akan beli kain pastu kami akan pakai sedondon masa hari raya pertama. So tahun ni, ma pon dah xde, saya pikir xyah kot buat sedondon. Tema caca-marba. Saya sendiri pon, semangat nak raya ntah ke mana. Tapi baju baru tetap kena ada. Tu sunat tu.. Dipendekkan citer, xde pon adik-beradik saya yang offer nak share beli baju adik. Hati saya cakap "xpe laa. Diorang lagi nak pakai banyak duit sebab dah ada family kan". Xsalah kan saya bersangka baik.. Yes saya mengaku saya jenis family person..

Masa tu baru terpikir apa kata kalau aku claim insurans yang hari tu punya. Baru hegeh-hegeh print borang, terus isi foam dan pos. Nasib baik ada mini pos dekat dengan pejabat. Boleh cilok keluar sat. Depa mention if borang lengkap, proceed dan dalam masa 10 hari terus buat bayaran. Malangnya nasib borang saya xlengkap. Xkelakar betol! Ada lagi dokumen kena submit. Lepas dah pos semua yang depa nak tu, terus xde khabar berita. Biar betol. Ke depa menipu ni. Dahla saya memang betol-betol tengah kering. Nak tak nak terpaksa saya keluarkan saving saya. Pheewww baru lega sikit wlaupon hatiku menangis.. Tu duit saving tu..

Saya terus abaikan pasal duit insurans tu. Malas nak pikir. Kalau bukan rezeki saya, saya redha. Sape suruh claim lambat nau kan..

Gaji saya kan 1hb baru masuk. Orang kerja swasta cenggini la. Biasa check online nak tahu gaji dah masuk ke belum. Pagi 1hb tu memang dah masuk. Then hari Sabtu saya mintak A.Zu, rakan sepejabat sy keluarkan. Saya mention awal-awal duit dlm akaun saya ada sekian-sekian amount, keluarkan banyak ni. Balik pejabat, A.Zu bagitau duit saya ada terlebih 1k ++ dari jumlah yg saya mention earlier kat dia. Saya ingat dia main-main, siap cakap maybe PM bagi derma kot kat saya. Maklum la saya kan yatim piatu.. Hahahaa.. Main-main lagi.. Bila dia pass resit baru biar betik. Ha aa la dia xmenipu.. Then saya check online banking alhamdulillah duit yang saya tunggu dari bulan puasa dah masuk. Alhamdulillah ya Allah. Then saya teringat kata-kata salah sorang peserta Dai "Allah tak beri apa yang kita mintak, tapi Allah kurniakan apa yang terbaik untuk diri kita".. Masyaallah.. Besarnya kuasa-Mu ya Allah..

Lagi satu 3 minggu lepas, 1++ minggu sebelum saya dapat duit insurans tu merupakan fasa terakhir pembayaran wang ihsan banjir dari kerajaan. Dan yang dapat adalah abang saya. Sedangkan yang duduk rumah pusaka ni adalah saya bersama adik-adik. Kebetulan waktu banjir tahun lepas, abang saya pulang bercuti kat kampung dengan wife dia dan anak-anak. Memang dah jadi rutin dia akan balik kampung bila cuti sekolah. So kalau diikutkan yang sepatutnya berhak saya dan adik-adik kan. Dan dia xde bagi kami walau sesen pon. Waktu tu saya mintak sangat kat Allah jangan la saya berperasaan yang bukan-bukan. Dia bukan orang lain, tapi abang saya. Saya xsepatutnya berpikir yang x elok. Bersangka baiklah mungkin dia kesempitan wang. Tu jer yang saya mintak dari Allah walaupon jauh di sudut hati saya agak terkilan. Saya bukan hadap sangat duit tu tapi at least dia say something.. 

Rupanya rahmat Allah tu besar. Allah xbagi saya RM500 tapi Allah ganti saya dengan rezeki RM1k ++ !!!.. Ya memang benar Allah xbagi apa yang kita nak, tapi gantikan sesuatu yang lagi baik untuk diri kita... Subhanallah.. 

Tq reading. Have a wonderful day ya..


Tuesday, September 22, 2015

Quick Update

Assalamualaikum..
Xjawab dosa. Jawab caaayangg.. 

Sorry, sy dah delete entry sy yang lama-lama. Sy rase mcm dah tak sesuai. Biase la dulu main post jer ape yg ada dlm pikiran. Asalkan aku puas ati xyah pikir perasaan orang, ade aku kesah. Mak kau hijau.. Dulu xpuas ati dengan bos, tulis dlm blog. Xpuas ati dgn orang tu, orang ni, si polan semua tulis dlm blog. Pendek kate semua la nak masuk blog. Langsung xde tapis-tapis.. Heheeehee..

Tp bila go through sy rase masyaallah apa la tulis cenggini. Macam nak lempang diri sendiri pon ade. Maafkan sy! Dulu banyak entry yg berbaur emosi. Darah muda katakan. So baiklah kita hapuskan entry yg merapu-rapu itu.. Demi kesejahteraan sejagat..

Kehidupan sy 2,3 hari ni agak kelam kabut. Dengan akak sy dpt baby. Alhamdulillah. Pastu adik lak masuk hospital sebab saspek denggi. Adik sy tu ada baby. Biase la baby kan time tido mesti nak cari si ibu. So sedikit cranky. Pastu nangis non stop. Sy dah start gelabah. Maklum ler sy ni xde pengalaman handle baby. Kawen pon belum. Bila dia asyik nangis, dengan sy sndiri rase nak nangis sekali. Kesian tengok dia. Maybe dia rase lain. Biase ade jer ibu dia. Ni xde kan.. Bila dia nangis non stop, ambik keputusan bawak pergi hospital..

Bayangkan mase kiteorg turun rumah dkt pkol 12 mlm! Pergi jer. Doa banyak2 nurse xbyk songeh dan kasik jumpa adik sy. Alhamdulillah nurse mlm tu ok sgt2. Syukur.. Terima kasih ya Allah! Walaupon diorg x galakan tinggal baby kat hospital, sbb adik sy still demam.  Tak mau la nanti jangkit kat baby. Tp diorang sgt memahami. Ye la kann. Dah budak tu asyik menangis jer. Xkan nak biarkan nangis non stop.. So tggl baby kat hospital then tros balik rumah. Sampai rumah dah dkt pkol 1 ++ am. Letih xyah ckp la. Dengan esok nak kerja lagi. Tp sy pikir tanggungjawab lg penting. Rase letih tu kita ketepikan dulu. Doakan semuanya baik-baik saja..

Lagi 1 hari kita nak raya haji kan. Rase kejap jer. Rase macam br jer raya puasa. Ke sy sorang jer berperasaan camtu???? Hihiiihi.... Sy esok still kerja. Hope la bos kasik blk awal. Memang la xde nak buat persiapan apa. Raya haji kan kemeriahan dia xsama dengan raya puase. Walaupon orang kate kalau kat Kelantan raya haji meriah. Meriah if ambik bahagian korban. Biase orang Kelantan suka masak daging korban dan akan jamu makan. Maybe tu kot alasan nampak macam meriah..

So, esok jangan lupa puasa sunat ya!



Pic googled!

Selamat menyambut Hari Raya Haji. Semoga ibadah korban kita akan diterima oleh Allah. Insyaallah. Tak lupa takziah kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga akibat insiden kren di Mekah. Bersangka baiklah kepada Allah. Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Perancangan Allah tidak ada yang tidak sempurna.. Stop any speculation. Doakan semoga roh mereka di tempatkan si kalangan orang yg beriman. Insyaallah..

Wednesday, August 19, 2015

Saya Rindu....

Rindu sangat dekat Bocik..

Assalamualaikum..

Pagi tadi mase solat subuh teringat kat dia. Sy nangis.. Sy ngadu kat Dia betapa sy rindukan Bocik..

Rase macam dia still ada. Sy belum lawat tempat dia ditanam. Saya xkuat.. Saya sayang sgt kat dia walaupon dia hanya seekor kucing..

Hanya Allah yang mengetahui perasaan saya saat ni. Petang tadi konon-konon saje search pasal kucing. Jumpa entry citer pasal kucing dia bagi kat orang sbb kediaman xsesuai nak bela kucing. Nasib baik mase tu K.Nab dah balik. Saya dah start sedih balik. Ingat dah ok. Dah boleh terima..

Ni pon time taip entri ni saya still sedih.. Kamu baik-baik kan 'di sana' Bocik. I miss u!

Pic courtesy to Mr.Google. Not mine..

Tuesday, August 18, 2015

Bocik..

Assalamualaikum..

18-08-2015.. Tarikh yang akan saya ingat sampai bila-bila. Tarikh di mana kucing kesayangan saya, Bocik pergi meninggalkan saya selamanya. Of coz sy sedih. Saya yang bela dia, bagi makan, basuh taik dia. Even kadang-kadang dia kencing merata, sebab musim mengawan, ada yang complain pon sy buat derk jer. Kadang dia cakar kusyen motor pon saya still boleh gosok-gosok dukung dia macam dia xpernah buat salah. Itulah nilai kasih-sayang saya kat dia.

Sehingga sekarang rasa macam xpercaya dia dah xde. Dan saya nangis macam orang giler! Masa balik kerja pon tersasul sebut nak sebut Bocik.. Padahal yang ada Si Oren & Puteh jer. Then realize dia dah pergi.. 

Bocik actually xbrapa sihat since last week. Check telinga dia ok jer xsejuk. Xdemam. Tp nampak la dia letih dan xbermaya. Dan saya xpernah lihat dia dalam keadaan camtu sbb Bocik kucing aktif. Mane reti dok diam. So sy rase xteruk kot. Makan pon ok jer. Nampak la dia still makan. The whole week sebelah malam memang saya xkasi dia keluar. Takot bergaduh dengan kucing gelandangan kat luar. Siap pakej tido sebelah sy lg.. Ade satu hari tu mase saya biar jer dia tido atas comforter sy. Petang tu saya balik kerja tengok kat comforter tu ada kesan-kesan kuning dan kesan macam darah. Saya ingatkan dia luka kot. And mungkin sebab tu kot dia xsehat. Sy bermonolog sendiri.

Starting this week, exactly kemarin saya tengok keadaan dia agak teruk sedikit. Tido and nampak macam letih. Even mase saya bg makan kat Oren & Puteh pon dia duk baring kat alas kaki. Then lepas solat saya cari dia. Dia duk landing bawah katil abang sy. Saya nak tarik pon xsampai hati. Nampak dia benar-benar letih. Then saya letik kat tilam nipis sebelah saya tido. Dia xnak tido. Bangun terus pergi ke dapor. Sy still ambik dia dan letak kat situ balik. Mase tu saya perasan cara dia bernafas macam dia dah nazak sgt. Refused utk baring. Then sy tekan urut lembut kat perut dia. Nampak dia comfort. Tp perut dia cam beralun. Macam susah sangat dia nak bernafas..

Pagi ni adik sy ckp keadaan dia teruk. Tp saya rase sama jer dengan semalam. Dan dia macam nak bersendirian. Pastu adik cakap dia terkencing kat bilik air. Air kencing dia pon warna macam xbrapa nak normal. Mase mop lekat kat mop. Warna kuning terang.. Mase kat tempat kerja saya msg adik suruh tengok-tengokkan bocik. Suruh dia bagi air kelapa, mana tau dia keracunan ker..
Pic ni saya ambik 2,3 hari sebelom dia pergi..

Petang tadi adik msg Bocik dah xde. Mase tu saya kat tempat kerja. Kerja plak banyak. Saya xtau nak react macam mana. Yang saya tau sy rasa sy kehilangan sumthing yang buat saya happy. Balik kerja pastu tengok semua dah tunggu sbb lapar. Biasa ada 4, petang tadi hanya ada 3 jer.. Yang temankan saya tido. Yang saya suka dukung sebab demok. Sebab tu nama dia Bocik. Singkatan perot muncet tp pendek. Till now I cant visit tempat dia ditanam. I feel bad sebab saya ingat keadaan dia xterok sgt.. I feel bad sebab I dont take a good care. I should alert more..

Sebenarnya saya nak balik pkol 1. Balik tengok keadaan dia. Dah cakap kat K.Nab sy nak balik. Nak tengok keadaan kucing saya. Allah maha Besar. Sy xbalik sebab rehat pon dah lewat. Pastu pergi beli ikan. lagi. Sy rase macam terkejar plak kalau saya balik. Mungkin Allah xbagi saya balik. Kalau saya balik tengok dia dah xde or mungkin masa tu dia makin terok, mungkin saya dah xkuat untuk pergi kerja.. Masyaallah..

I miss u Bocik. Rest in peace.. Doakan saya kuat sebab dia di antara kucing kesayangan saya..

Ok la dah masuk waktu Isya'. Saya nak solat pastu baring-baring. Kepala saya dah berdenyut-denyut dari tadi. Mungkin sebab asyik nangis jer..

My life won't be the same without him. Already miss him badly T_____T


Pic googled! Credict to Mr.Google..

Bocik.. Aku halalkan segalanya..


Monday, August 03, 2015

Raya oh Raya

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. 0-0 ya..

Assalamualaikum..

Orang lain dah lama up entry pasal raya. Saya baru hegeh2-hegeh nak up. So camne suasana raya uolls??? Mesti meriah kan..

Saya punya raya saya rase the same routine setiap tahun. Tapi rase tahun ni lg worst kot. Seperti sedia maklum my mom passed away last year. So this year was the first raya without her. And without abah. Suasana memang lain-lain sangat. Saya sendiri pon xde mood nak celebrate raya this year. Dengan baju xjahit. Biasa sy jahit baju kurung. Tahun ni sy beli ready wear je. Tu pon beli jubah. And I never wear  jubah before.. 

Alhamdulillah tahun ni perkara yang boleh dibanggakan saya pergi solat sunat raya. Tahun-tahun sebelum  ni memang xberkesempatan. Sebabnya pagi raya baru nak buat segala benda. Memang xsempat la nak pergi sembahyang raya. And tahun-tahun lps yg pergi with my younger brother of coz la my mom. So tahun ni sy pergi dengan adik. Dan perasaan itu sukar digambarkan..

Mase sy sampai kat masjid perasaan sy memang sebak. Air mate xyah ckp asyik jer keluar. Semakin sebak mase imam duk sampaikan khutbah sbb imam sendiri menangis.. Sedih kan bila nak meninggalkan Ramadhan.. 

Lepas siap solat, cepat-cepat salam denagn semua orang terus balik..

Kat rumah, lepas makan sy terus landing dalam bilik. Saya memang xde mood nak bergambar, nak pergi mana-mana memang perasaan tu xde. End up sy tido. 

Kebetulan plak mlm raya sy xleh tido. Overdose kafein kot.. So tu la yang terjadi hari raya pertama. Memang sy xpergi ke mana pon. Even rumah jiran pon xpergi. Raya tahun ni sy memang xde feel.. 

Sy rase lonely. Without parents..

Selamat Hari Raya again..

Sunday, June 07, 2015

Salam...

Assalamualaikum..


Bersiaran lg. Selama ni bkn xjenguk langsung blog. Jenguk la. Tp utk view blog orang lain.. Alahaii pemalas sunnguh. Sampai skrg sy masih suka bace blog org. Lagi santai gaya penulisan lg sy suka. Wlaupon den xpandai menulis gaya serupe itu..


Alhamdulillah kehidupan sy baik2. Tipu la kalo sy kate always smooth. Ade gak yg rough part. Air mate la jwbnye..


Sy pon manusia biase. Ade time terkhilaf. Ade mase sangat2 down. Cara sy menangis jer. Mengadu kat Dia. Hanya Dia yg mengetahui apa yg sy rase. Apa yg sy lalui. Setiap sujud sy xpernah lupa utk mendokan kesejahteraan kedua2 ibu bapa sy.. Semoga jannah tempatmu..


Rase mcm br jer sy kehilangan arwah ma. Rase mcm dia ade lg. Ni pon tgh menaip sy dah rase sebak. Apatah lg kalo bercakap psl arwah. Memang akan terase.. Doakan sy kuat..

Ok la xau nak tulis apa. TaTa..
 
••● i [Ām] wH☺ i [Ām] ●•• Blogger Template by Ipietoon Blogger Template