Monday, October 19, 2015

Si Puteh

Assalamualaikum..

Si Puteh kalo ikot sejarah bukan kucing saya sebenarnya. Ibu dia kucing gelandangan. Selalu jer ada kat luar rumah saya. Saya ni jenis mudah kesian. Tengok dia meow, meow sebab lapar, so ringan tangan bagi dia makan. Kadang bagi nasik + ikan, xpon makanan kucing Smart Heart. Adik saya pula jenis suka bebenar riba si anak ibu kucing gelandangan ni.. Saya xingat berapa ekor si anak kucing ni. So lama-lama kucing-kucing ni macam dah terbiasa duk dalam rumah. Tapi biasa saya yang jadi tukang halau. Almaklum ler saya time tu dah ada 3 ekor kucing - si Abu, Bocik & Bobo. Xlarat mak nak bela ramai-ramai, tu semua kos tuh! Dan saya berhajat nak pergi buang depa-depa ni kat pasar. Jahat kan saya.. Astagfirullahalazim..

Diringkaskan, masa banjir last year 2 ekor ni stay dengan kucing-kucing saya. Saya tinggal camtu jer kucing-kucing saya kat beranda luar rumah. Perasaan hanya Allah yang tahu. Nak angkut semua memang di luar keupayaan saya. Bayangkan masa redah air banjir nak ke tempat tinggi sikit, hanya air mata dengan kalimah Allahuakbar jer yang termampu saya ucapkan.. Masa tu hanya Allah yang jaga kucing-kucing saya.

Air surut jer, kami adik-beradik terus balik ke rumah. Masa tu sempat tumpang check in rumah sedara 4,5 hari gak. Tapi bila ingat balik macam best pulak. Hahahaa.. Sampai kat rumah tengok semua still survive lagi termasuk yang 2 ekor ni. Start situ la saya ambik keputusan bela depa ni. Sekor warna oren, lagi sekor putih. Saya bab-bab kasi nama ni bebal sikit. Paling mudah panggil depa Si Oren dan Si Puteh. 

Bela 5 ekor kucing ni agak mencabar gak. Kadang ada yang berak merata, saya la yang kena cuci. Tu belum masuk bab kos lagi. Memang agak tight. Tapi saya pikir rezeki ni semua dari Allah. Xsalah kan kita kongsi. Alhamdulillah cukup jer..


Dalam banyak-banyak kucing saya ni, Puteh yang paling nakal dan manja. Di mana saya ada, situ la dia mengendeng. Kalo boleh dia nak saya sentuh dia. Tido pon nak sebelah saya.. Then sampai la sehari sebelom raya haji. Saya perasaan dia nak menyendiri. Langsung xmau disentuh. Sikap dia memang totally changed dari kebiasaan. Pastu xnak makan. Keluar cecair putih ikut mulut dia dan sedikit berbau. Keadaan dia sama seperti Si Bocik. Ya Allah... Saya mintak sangat-sangat Allah pinjamkan sedikit masa lagi dengan Puteh. Rasa xsanggup nak kehilangan dia selepas Bocik pergi..

Pagi hari raya korban, saya mandikan dia walaupon keadaan dia teruk. Badan dia berbau cecair yang keluar ikut mulut dia. Saya google pasal penyakit kucing. Simptom-simptom yang ada kat dia sama macam sejenis penyakit kucing yang setakat ni xde ubat lagi. Ya Allah.. Every minute memang saya akan check keadaan dia. Makin lama saya perhati memang makin teruk. Saya siap bagi air kelapa, mana tau dia akan sembuh. Xsalah mencuba. Tapi tu la, setiap kali bagi air kelapa macam susah sangat dia nak telan.. Tu jer aktiviti saya hari raya korban! 

Setiap kali tengok keadaan dia makin teruk, setiap kali tu la air mata saya akan tumpah. Sincere cakap saya xready nak terima kehilangan untuk kali ke-2. Dah lama saya nak buat entry pasal Puteh ni. Tapi kekuatan xde..

Seperti jangka, malam tu saya tengah tengok tv. Masa tu dah dekat pukul 12 malam. Saya bunyi sumthing dari tempat saya letak Puteh ni. Rupanya bunyi tu dia tengah nazak. So malam pertama hari raya korban saya kehilangan kucing saya yang paling manja. Yang suka mengekor ke mana saya bergerak. Even masa saya kat toilet pon dia sanggup tnggu. Allah.. Masa tu memang air mata saya tumpah buat ntah ke berapa kali. Saya angkat jasad dia dan balut dengan kertas surat khabar. Nak tanam pon dah tengah malam.. Saya continue menangis dalam bilik macam orang gila.. 

Esok pepagi saya kebumi si Puteh belakang rumah. Masa tu hebat sangat sebab boleh tahan diri xmenangis.. Dan saya terpaksa mc hari tu. Sepatut saya dah start kerja..

Kalau orang tanya, berapa banyak saya sayang kucing-kucing saya.. Jawapannya nilai kasih-sayang saya xterkira banyaknya.. Mereka adalah happy pill bagi saya! 

Sekarang yang tinggal hanya Abu dan Oren. Bobo lak missing in action.. Walaupon kejap jer Allah bagi pinjam Puteh kat saya, tapi saya puas..

Sunday, October 18, 2015

Rezeki

Assalamualaikum..

Sedikit sambungan entry yang lepas..

Kejadian hari sabtu. hari sabtu memang saya kerja. Weekend hanya on jumaat. Biasa la kan kerja swasta memang cuti hujung minggu hanya sehari jer. Jangan suspect expect lebih-lebih ya, bersyukur la kurang-kurang anda masih ada pekerjaan..

Hari sabtu saya datang kerja macam biasa. Sudah punch kad & thumb print (aku xpaham asal kena punch kad then thumb print lg), masuk office lenggang kangkung. Seperti jangka biasa hari sabtu xde kerja sangat. Tapi tetiba masuk pejabat tengok A.Zu (sebenar dia dah pangkat pak cik-pak cik tapi getik bahasakan abang.. Adoii ni lagi aku xpaham) dah ada dalam pejabat bos. First ingat ada benda kot diorang bincangkan. So saya xambik pusing..

Then bila dia keluar tetiba cakap "Naa.. bos nak jumpa".. Aiseyy wa dah start cuak. Almaklum ler muka ni la selalu masuk kerja lambat, tapi bila time balik muka ni akan punctual.. Hahahaa.. Nampak xpermainan dia cemana?? Dahla bulan lepas 2X ponteng kerja. Buat-buat sakit tapi mc nan hado. Sebenarnya malas. Padan muka kena potong gaji. Mesti nak kasik warning ni...

Tapi kan yang berlaku di sebaliknya.. 

Masuk-masuk bilik bos oppsss terlupa bagi salam.. Terus main redah. Tapi bagus gak sebab bos saya cina maa.. Kang aku bagi salam, dia ingat aku xbetul. Hahaaha.. Dia tanya brapa salary saya sebulan. Then dia cakap nak up kan gaji saya. Yabedaabeduuu. Nasib baik xterpelok bos. Kang xpasal-pasal jadi isu pompuan gila terover eksaited peluk bos. Pastu mati dibunuh bini bos yang kuat cemburu.. Hahahaa. Tajuk berita muka depan. Xagak-agak panjang nau tajuk.. Tq bos! Tapi yang xbestnya terpaksa buat OT 2X seminggu..

Credict to Mr.Google for the awesome pic!

Ok back to reality sebenarnya saya nak cakap jika Allah berkehendakkan sesuatu, maka akan terjadi. So, jauhi sifat cemburu, iri hati. Tanamkan dalam diri supaya sentiasa positif. Terima qada & qadar Allah. Yes saya akui dalam bulan ni terlalu banyak Allah kurniakan saya rezeki. Alhamdulillah. Rezeki bukan setakat dalam bentuk wang tapi juga kesihatan. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Tu yang selalu saya amalkan. Saya selalu mintak kat Allah supaya saya sentiasa istiqamah dengan apa yang saya buat dan apa yang saya ada sekarang. Insyaallah hidup kita akan tenang..

Bye.. Thanks for reading a piece of me.

Tuesday, October 13, 2015

The Power of "Sabar".. Be Positive

Assalamualaikum

Alhamdulillah adik saya dah keluar hospital. Dekat 2++ minggu gak kena warded. First doktor suspect denggi. Then lepas few checks, doctor sahkan dia kena demam kepialu. Sepanjang dia kena tahan dekat hospital, hanya Allah yg tahu perasaan saya. Ya la kan dengan dia anak kecik, semua husband dia yang uruskan. Saya kesian gak tengok adik ipar terkejar situ, terkejar sini. Makan pon xsempat gamaknya. Lagi kesian anak buah saya yg 2 orang tu. Saya nak tolong lebih-lebih pon saya kerja. Tapi lepas waktu kerja memang saya take turn jaga anak buah yg still baby tu. Tu jer yang saya mampu.. Memang kadang badan letih tapi yang tu saya tolak ke tepi..

Bukan ini main point sebenarnya.. Ni citer start last year lagi. Sebenarnya saya layak buat satu tuntutan insurans ini. Tapi disebabkan masa tue kan banjir, so saya postpone dulu. Form memang dah siap download, cuma saya xsempat nak print out. Bila musibah banjir kat Kelantan, of coz sy memang betul-betul busy. Seminggu jugak la ambik masa bersihkan rumah. Tu pon not 100%. Pastu masuk kerja kena bersihkan office lagi. Saya pergi sehari dan the next daya terus mc. Sakit dada dengan susah nak bernafas. Memang keadaan tempat kerja saya masa lepas banjir tu terok. Dengan baunya masyaallah busuk sangat. Dipendekkan citer terus lupa pasal nak claim insurans itu. Manusia kan mudah lupa.. Hahahaa..

Sampai satu masa syarikat insurans hantar surat supaya saya buat tuntutan tersebut segera. Masalah saya satu. Suka sangat tangguh-tangguh. Esok la.. Esok la.. Esok la.. Begitulah seterusnya. Then terus abaikan..

Pastu kan bila masuk bulan puasa terus menggelupur. Perbelanjaan nak sambut raya kan boleh tahan kan, boleh kasik sesak nafas xcukup oksigen. Dulu masa arwah ma ada, saya akan share dengan beliau beli baju untuk adik-adik. Kalau ada rezeki lebih, saya akan beli kain pastu kami akan pakai sedondon masa hari raya pertama. So tahun ni, ma pon dah xde, saya pikir xyah kot buat sedondon. Tema caca-marba. Saya sendiri pon, semangat nak raya ntah ke mana. Tapi baju baru tetap kena ada. Tu sunat tu.. Dipendekkan citer, xde pon adik-beradik saya yang offer nak share beli baju adik. Hati saya cakap "xpe laa. Diorang lagi nak pakai banyak duit sebab dah ada family kan". Xsalah kan saya bersangka baik.. Yes saya mengaku saya jenis family person..

Masa tu baru terpikir apa kata kalau aku claim insurans yang hari tu punya. Baru hegeh-hegeh print borang, terus isi foam dan pos. Nasib baik ada mini pos dekat dengan pejabat. Boleh cilok keluar sat. Depa mention if borang lengkap, proceed dan dalam masa 10 hari terus buat bayaran. Malangnya nasib borang saya xlengkap. Xkelakar betol! Ada lagi dokumen kena submit. Lepas dah pos semua yang depa nak tu, terus xde khabar berita. Biar betol. Ke depa menipu ni. Dahla saya memang betol-betol tengah kering. Nak tak nak terpaksa saya keluarkan saving saya. Pheewww baru lega sikit wlaupon hatiku menangis.. Tu duit saving tu..

Saya terus abaikan pasal duit insurans tu. Malas nak pikir. Kalau bukan rezeki saya, saya redha. Sape suruh claim lambat nau kan..

Gaji saya kan 1hb baru masuk. Orang kerja swasta cenggini la. Biasa check online nak tahu gaji dah masuk ke belum. Pagi 1hb tu memang dah masuk. Then hari Sabtu saya mintak A.Zu, rakan sepejabat sy keluarkan. Saya mention awal-awal duit dlm akaun saya ada sekian-sekian amount, keluarkan banyak ni. Balik pejabat, A.Zu bagitau duit saya ada terlebih 1k ++ dari jumlah yg saya mention earlier kat dia. Saya ingat dia main-main, siap cakap maybe PM bagi derma kot kat saya. Maklum la saya kan yatim piatu.. Hahahaa.. Main-main lagi.. Bila dia pass resit baru biar betik. Ha aa la dia xmenipu.. Then saya check online banking alhamdulillah duit yang saya tunggu dari bulan puasa dah masuk. Alhamdulillah ya Allah. Then saya teringat kata-kata salah sorang peserta Dai "Allah tak beri apa yang kita mintak, tapi Allah kurniakan apa yang terbaik untuk diri kita".. Masyaallah.. Besarnya kuasa-Mu ya Allah..

Lagi satu 3 minggu lepas, 1++ minggu sebelum saya dapat duit insurans tu merupakan fasa terakhir pembayaran wang ihsan banjir dari kerajaan. Dan yang dapat adalah abang saya. Sedangkan yang duduk rumah pusaka ni adalah saya bersama adik-adik. Kebetulan waktu banjir tahun lepas, abang saya pulang bercuti kat kampung dengan wife dia dan anak-anak. Memang dah jadi rutin dia akan balik kampung bila cuti sekolah. So kalau diikutkan yang sepatutnya berhak saya dan adik-adik kan. Dan dia xde bagi kami walau sesen pon. Waktu tu saya mintak sangat kat Allah jangan la saya berperasaan yang bukan-bukan. Dia bukan orang lain, tapi abang saya. Saya xsepatutnya berpikir yang x elok. Bersangka baiklah mungkin dia kesempitan wang. Tu jer yang saya mintak dari Allah walaupon jauh di sudut hati saya agak terkilan. Saya bukan hadap sangat duit tu tapi at least dia say something.. 

Rupanya rahmat Allah tu besar. Allah xbagi saya RM500 tapi Allah ganti saya dengan rezeki RM1k ++ !!!.. Ya memang benar Allah xbagi apa yang kita nak, tapi gantikan sesuatu yang lagi baik untuk diri kita... Subhanallah.. 

Tq reading. Have a wonderful day ya..


 
••● i [Ām] wH☺ i [Ām] ●•• Blogger Template by Ipietoon Blogger Template